Assalamualaikum, Selamat Malam, Salam 1Malaysia..
Emm.. cakap pasal makanan seimbang ya,
Makanan seimbang ialah hidangan makanan yang mengandungi pelbagai ZAT makanan yang membantu dalam pembesaran badan kita.
Terdiri daripada 3 kumpulan makanan yang utama iaitu KARBOHIDRAT, PROTEIN DAN VITAMIN.
Makanan ni perlu diambil mengikut keperluan yang betul mengikut PIRAMID MAKANAN iaitu makan banyak di dasar pyramid makanan dan sedikit ke puncak pyramid makanan.
PIRAMID MAKANAN
ARAS 1 (Dasar Piramid) BIJIRIN, PRODUK BIJIRIN DAN UBI | Makan Paling Banyak 8-12 hidangan sehari | Nasi, mee, roti, produk bijirin dan ubi-ubian |
ARAS 2 BUAH-BUAHAN SAYUR-SAYURAN | Makan Banyak 3-5 hidangan sehari | Bayam, sawi, kobis, mangga, pisang, epal, betik, oren. |
ARAS 3 IKAN, AYAM, DAGING KEKACANG SUSU DADIH KEJU | Makan Sederhana 2-3 hidangan sehari | Ayam, itik, ikan, kekacang, susu, yoghurt dan produk tenusu |
ARAS 4 (Puncak Piramid) LEMAK, MINYAK, GULA GARAM | Makan Paling Sedikit | Minyak, gula, garam, lemak Vitamin Larut Lemak |
Arap semua boleh paham jadual ni yer.. he2…
So sekarang pandai2 lah kita sama2 jaga diet kita dan keluarga.. J
No comments:
Post a Comment